Individu lengkap vaksinasi boleh makan di restoran mulai 10 Ogos

KUALA LUMPUR: Individu yang sudah melengkapkan vaksinasi Covid-19 dibenarkan makan di premis (dine-in) berkuat kuasa 10 Ogos.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam pengumuman khas hari ini..

“Aktiviti dine-in dibenarkan jika lengkap vaksinasi. Disarankan apabila perlu saja, jangan luang masa terlalu lama. Pilih premis yang ada pengudaraan yang baik.

“Premis kedai makan disarankan sediakan ruang di luar premis dengan pengudaraan yang lebih baik. Pemilik perlu pastikan pelanggan tunjuk sijil vaksinasi,” katanya.

Untuk rekod, seseorang dianggap lengkap vaksinasi selepas dua minggu menerima dos kedua (bagi vaksin dua dos) atau 28 hari selepas menerima vaksin dos tunggal.

[Laporan penuh menyusul]