KOTA KINABALU : Seorang wanita hamil selamat melahirkan bayinya selepas dipercayai terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Ranau-Tambunan, berhampiran Kampung Pahu, Tambunan, di sini semalam.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Dr Maria Suleiman berkata, selepas tiba di Haspital Keningau wanita terbabit dimasukkan ke Dewan Bedah untuk menjalani pernbedahan kecemasan (Emergency Lower Segment Cassavean Secbon EMLSCS).
Katanya, ini berikutan keadaan kandungan wanita terbabit didapati sedang mengalami tanda-tanda bayi lemas di dalam kandungan.
“Bagaimanapun, ibu bersama bayinya dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan di Hospital Keningau.
“Video memindahkan ibu hamil ini juga tular dilaman sosial berikutan terperangkap dalam tanah runtuh berlaku jam 7:26 pagi,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Maria berkata, ini berikutan jalan utama terputus menyebabkan menghalang laluan ambulans serta kenderaan sampai ke lokasi kejadian.
“Pasukan kesihatan dari Klinik Desa Tontolob, Liawan, Tambunan terletak berhampiran lokasi kejadian, kemudiannya bertindak melakukan pemeriksaan penilaian awal sekali gus untuk penstabilan pesakit.
“Pemeriksaan mendapati pesakit berada dalam fasa aktif proses kelahiran sekali gus memerlukan pemindahan segera ke hospital,” jelas Maria.
Menurutnya, pasukan retriever dari Unit kecemasan dan Trauma, Hospital Daerah Tambunan bergegas ke lokasi kejadian bersama sebuah Ambulans membantu pemindahan pesakit selepas menerima panggilan dari ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tambunan.
“Oleh kerana laluan utama terhalang, Pasukan penyelamat mencari alternatif lain bagi memastikan pesakit dapat dipindahkan secepat mungkin.
“Atas kerjasama semua operasi memindahkan pesakit merentasi kawasan terjejas berjaya dilakukan menggunakan laluan allernatif lebih selamat sebelum dibawa ke Hospital Keningau untuk rawatan lanjut,” kata Maria.
Beliau merakamkan penghargaan kepada orang awam bersama penduduk setempat berusaha membantu sehingga proses pemindahan ini berjalan lancar.
“Kejayaan misi ini menunjukkan kepentingan kerjasama serta kesiapsiagaan pasukan kecemasan dalam menghadapi situasi luar jangka.
“Ia juga mencerminkan kecekapan pasukan dalam menguruskan pelan tindak balas bencana untuk memastikan akses kepada perkhidmatan kesihatan tidak terjejas,” katanya.
Sehubungan itu, pihaknya komited untuk memastikan kesiapsiagaan serta keupayaan pasukan kesihatan dalam menghadapi sebarang kemungkinan di masa hadapan.
