Hajiji yakin MOU membawa kestabilan politik di negara ini

KOTA KINABALU: Kerajaan Perpaduan Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membawa kestabilan politik di negara ini amnya dan Sabah khasnya.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, Ini adalah sesuatu yang sangat istimewa untuk menyatupadukan rakyat Malaysia.

“Kita di Sabah amat memerlukan suasana seumpama ini kerana ia boleh memberi suatu harapan yang begitu baik kepada Sabah terutama dalam aspek ekonomi dan pembangunan, memandangkan Sabah sebuah negeri yang agak besar.

“Inilah adalah matlamat kita. Saya yakin Kerajaan Perpaduan akan menjadi Kerajaan yang kuat dan Kerajaan yang diharapkan oleh rakyat pelbagai kaum di negara ini,” katanya di sini semalam.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Seri Masidi Manjun yang juga Setiausaha GRS turut menandatangani perjanjian itu mewakili GRS.

GRS merupakan antara lima gabungan utama yang menyokong Kerajaan Perpaduan Malaysia. Gabungan lain ialah Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Parti Warisan (WARISAN).