29 C
Kota Kinabalu
Wednesday, March 22, 2023

Hajiji perlu jelaskan status BERSATU Sabah sebagai kerajaan atau pembangkang – Shafie

KOTA KINABALU: Pengerusi Perhubungan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah Datuk Seri Hajiji Noor perlu mengemukakan pendirian sama ada kerajaan negeri adalah pembangkang ataupun kerajaan.

Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Afdal berkata, hari ini

Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kenyataan masih berpendirian untuk tidak mahu mengambil bahagian dalam kerajaan perpaduan dibawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kita secara jelas di peringkat persekutuan adalah jelas menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim di peringkat awal….

“Kita konsisten…WARISAN, Barisan Nasional (BN) dan MUDA sokong kerajaan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Jadi bagaimana pula kita masih pembangkang di Sabah,” katanya di sini hari ini.

Hari ini Perikatan Nasional (PN) kekal dengan pendirian untuk tidak menyertai kerajaan yang diterajui Pakatan Harapan (PH), walaupun selepas ditawarkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyertai kerajaan pimpinan beliau.

Pengerusinya Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata gabungan itu mengucapkan terima kasih kepada Anwar atas tawaran berkenaan namun menolaknya atas semangat menyuburkan demokrasi dan melaksanakan peranan semak dan imbang yang berkesan dalam Parlimen.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="SabahNewsToday" twitter="@SabahNewstodayN" youtube="#" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333"]
Iklan

Latest Articles