Hajiji hadiri istiadat Pembukaan Penggal Ke-3 DUN Sabah Ke-16

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menghadiri Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Keenam Belas di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.

Istiadat pembukaan telah disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Datuk Mahiruddin yang turut menyampaikan Ucapan Dasar Kerajaan.

Istiadat pembukaan penggal ke-3 DUN turut dihadiri oleh Timbalan-Timbalan Ketua Menteri, Datuk Bung Moktar Radin, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan dan Datuk Dr. Joachim Gunsalam.

Hadir sama, speaker DUN Datuk Kadzim M. Yahya, ahli-ahli jemaah menteri dan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri.

Persidangan ditangguhkan selepas istiadat pembukaan dan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga DUN Sabah Keenam Belas akan diadakan pada Isnin hingga Khamis depan.