Hajiji hadir mesyuarat Menteri Besar, Ketua Menteri

PUTRAJAYA: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di pejabatnya di sini, hari ini.

Pada pertemuan itu, kedua-dua pemimpin itu antara lain membincangkan isu dan perkembangan semasa di Sabah.

Pertemuan itu diadakan sejurus selepas selesai Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri di Pejabat Perdana Menteri, yang dipengeruskan oleh Perdana Menteri.

Ketua Menteri turut menyampaikan buku Laporan Tahunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya 2024, yang melaporkan kejayaan inisiatif-inisiatif hala tuju itu sejak 2021 hingga kini kepada Perdana Menteri.

Terdahulu, Hajiji menghadiri Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri Ke-146 di Bilik Mesyuarat Perdana, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra di sini.

Dalam mesyuarat itu, Safar turut memberi taklimat berkaitan Ekonomi Biru kepada menteri besar dan ketua menteri.

Beliau diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong.

Pada Rabu dan Khamis ini, Ketua Menteri akan mengiringi Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja Yang Ke-269 di Istana Negara.