Dua warga Filipina ditahan cuba seludup minyak petrol

KUDAT : Dua lelaki warga filipina bersama sebuah bot ditahan salam ‘Op Tiris’ selepas dipercayai menjalankan kegiatan penyeludupan minyak petrol di sekitar perairan Kudat, di sini semalam.

Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Maurice Grenville Abeyeratne berkata, kejadian dilaporkan berlaku 4.00 pagi semalam berjaya mengesan bot suspek di posisi kira-kira empat batu nautika timur laut, Pulau Kankamat hasil daripada maklumat perisikan yang diterima.

Katanya, selepas pemeriksaan dilakukan suspek berumur 19 dan 51 tahun ditahan selepas pemeriksaan lanjut dilakukan kedua-dua individu

tersebut didapati tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

“Pemeriksaan lanjut menemui sejumlah 12 tong berwarna biru berisi minyak petrol dibawa bot berkenaan tanpa sebarang permit yang sah disyaki cuba diseludup ke negara jiran.

“Suspek bersama bot dan barang rampasan seterusnya ditahan untuk siasatan lanjut. Nilai keseluruhan rampasan termasuk bot dianggarkan lebih kurang RM15 ribu,” katanya dalam kenyatan di sini hari ini.

Maurice berkata, kes akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Imigresen 1959/63.

“Zon Maritim Kudat menyeru kepada masyarakat khususnya komuniti maritim di Kudat untuk sama-sama membantu Maritim Malaysia.

“Ini termasuklah dengan melaporkan sebarang salah laku atau kegiatan jenayah yang berlaku di laut kepada Maritim Malaysia di talian 088-611858 (Pusat Operasi Kudat) dan talian MERS 999 yang beroperasi 24 jam,” jelas Maritim