TENOM: Dua unit rumah di tingkat dua kedai di Pekan Tenom musnah dalam satu kebakaran, malam tadi.
Bagaimanapun, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tenom menerima panggilan kecemasan menerusi talian balai pada jam 6.15 petang dan sepasukan anggota diketuai Komander Operasi Zainal Sinsian dikejarkan ke lokasi.
Katanya, setiba di tempat kejadian, didapati kedua-dua unit rumah jenis kekal terbakar 100 peratus.
“Operasi pemadaman dijalankan menggunakan sumber air dari Pili Bomba berhampiran,” tambahnya.
Katanya, tiada mangsa dilaporkan terlibat dan kebakaran berjaya dikawal pada jam 7.28 malam, sebelum operasi ditamatkan pada jam 8.51 malam.