Dua kematian disebabkan Covid-19; 239 kes baru

KOTA KINABALU:Jumlah kes positif baharu Covid-19 senalam adalah sebanyak 239 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak72,850 kes.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, dua kes kematian dilaporkan semalam iaitu di daerah Sandakan.

Katanya, daripada jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 yang direkodkan 102 kes adalah daripada Saringan Kontak Rapat atau 42.68%.

“Sebanyak 59 kes berpunca daripada Saringan Kluster dengan 30 kes daripadanya adalah daripada Kota Kinabalu melalui Kluster Tembok Kota Kinabalu 22 kes, Kluster Agora Borneo tujuh kes dan Kluster KKIP Empat Timur satu kes.

“Daerah Kota Kinabalu mencatat jumlah kes tertinggi iaitu sebanyak 77 kes dengan pecahan 30 kes daripada Saringan Kluster, 29 kes daripada Saringan Kontak Rapat, lapan kes daripada Saringan Bergejala, enam kes daripada Saringan Bersasar dan empat kes daripada lain-lain saringan,” katanya.

Masidi yang juga Jurucakap Covid-19 Sabah berkata, Kluster Tembok Kota Kinabalu adalah kluster yang berpunca daripada banduan Penjara Kepayan dan Kluster Agora Borneo adalah kluster yang berkaitan dengan kes daripada Pasaraya Bataras, 1Borneo Kota Kinabalu.

Setakat semala jelasnya, 371 suntikan baharu dibuat bagi Fasa 1 Dos 1 Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 64,488 orang.

“Bagi Fasa 1 Dos 2 pula, 38 suntikan baharu dibuat semalam menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 57,143 orang.

“Manakala, bagi Fasa 2 Dos 1 PICK, 7,915 suntikan baharu dibuat menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 359,633 orang,” katanya.

Jelasnya, bagi Dos 2 Fasa 2 pula, 8,449 suntikan baharu harian dibuat menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 254,399 orang.

Tambahnya, pendaftaran penerima vaksin pada hari ini ialah 5,612 menjadikan jumlah kumulatif yang mendaftar sebanyak 944,992 melalui Mysejahtera 864,389: Laman Web 80,303: Talian Vaksinasi 300) bersamaan 34.3.%.