DBKK terima penghargaan usaha memerangai penyalahangunaan dadah 2023 Kawasan Berisiko Tinggi daripada AADK

KOTA KINABALU : Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menerima Sijil Penghargaan terhadap usaha mencapai Kawasan Berisiko Rendah (KBR) terhadap Penyalahgunaan Dadah Tahun 2023 bagi Kawasan Berisiko Tinggi (KBT) Likas.

Menurut kenyatan rasmi dikeluarkan DBKK hari ini, Pejabat Daerah Keningau serta DBKK merupakan antara dua penerima dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) negeri Sabah pada program apresiasi di Selangor, baru-baru ini.

Antara penerima anugerah sijil penghargaan.

“Sebelum ini sebanyak 19 Kawasan Berisiko Tinggi (KBT) dikenalpasti pihak AADK di seluruh Sabah manakala dua kawasan KBT berada di Bandaraya Kota Kinabalu iaitu Likas dan Inanam.

“Program Apresiasi Kawasan Berisiko Rendah (KBR) diadakan di Kelab Shah Alam, Selangor dan disempurnakan Ketua Pengarah AADK Sutekno Ahmad Belon,” katanya itu.

Sijil penghargaan diterima oleh Abdul Mukti Muchlish mewakili Mayor DBKK Datuk Noorliza Awang Alip.

“Penghargaan AADK ini merupakan satu pengiktirafan kepada usaha DBKK dalam usaha memerangi usaha bahaya najis dadah di kawasan bandar raya.

“DBKK mengucapkan terima kasih kepada semua agensi-agensi kerajaan dan swasta termasuk kepimpinan komuniti setempat memberi kerjasama sekali gus komitmen tinggi bagi memastikan kawasan bandar raya bersih dari ancaman najis dadah,” jelas kenyataan itu.