Dapur Stesen Minyak Terbakar 70 Peratus di Kota Belud

KOTA BELUD:  Sebuah dapur jenis kekal di Stesen Minyak Petron Kampung Rantai Rosok terbakar kira-kira 70 peratus dalam kejadian awal pagi Sabtu.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan pada jam 1.19 pagi sebelum lapan anggota dari BBP Kota Belud digerakkan ke lokasi yang terletak 14 kilometer dari balai yang diketuai PBK I Hasmaddy Agum.

Menurutnya, kebakaran melibatkan struktur dapur berkeluasan 8×10 kaki.

“Pasukan bomba menggunakan satu aliran salur bantu mula dengan sumber air daripada jentera untuk mengawal dan memadam kebakaran,” katanya.

Kebakaran berjaya dikawal pada jam 1.45 pagi dan operasi ditamatkan pada jam 2.19 pagi selepas memastikan tiada bahaya lain.

Tiada mangsa dilaporkan dalam kejadian itu.