KOTA KINABALU: Syarikat-syarikat milik tempatan di Sabah diberi peluang besar terlibat dalam industri minyak dan gas melalui aktiviti huluan, LNG dan hiliran menerusi Perjanjian Kerjasama Komersial (CCA) di antara Kerajaan Sabah dan Petronas.
Perjanjian yang ditandatangani pada 7 Disember 2021 itu juga membolehkan anak syarikat kerajaan negeri diberi peluang menyertai peratus pegangan saham lebih tinggi bagi memastikan keuntungan industri minyak dan gas dapat memberi pulangan atau hasil kepada kerajaan negeri untuk dinikmati rakyat.
Menteri Kewangan Negeri Kedua, Datuk Masidi Manjun berkata CCA bertujuan memastikan Sabah mencapai perkongsian hasil, penyertaan dan penguasaan lebih besar dalam industri minyak dan gas secara komersial sekaligus mengekalkan hak perundangannya.
“Hasil pulangan dalam ketiga-tiga aktiviti tersebut yang diusahakan oleh syarikat-syarikat tempatan di Sabah dapat dinikmati oleh rakyat negeri melalui perancangan pembangunan ekonomi lebih rancak.
“Selain itu, pihak Petronas akan terus komited untuk membayar tunai royalti minyak dan cukai jualan negeri sebagai sebahagian daripada dapatan perkongsian hasil lebih besar dalam industri mintak dan gas,” katanya dalam sesi soal jawab Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.
Beliau berkata sebagai menjawap soalan ADUN Segama, Datuk Mohamaddin Ketapi mengenai apakan faedah kepada rakyat dan negeri menerusi CCA di antara kerajaan negeri dan Petronas.
Masidi berkata, CCA juga memberi hak kepada kerajaan Sabah untuk memudahkan kerjasama komersial dengan akan syarikat kerajaan negeri.