Cadang PKR Kota Marudu usul jawatan Presiden, Timbalan tidak di pertandingkan – Sazalye

KOTA MARUDU : Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kota Marudu menyokong usul supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti itu tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti pada Mei ini.

Ketua Cabangnya, Kota Marudu, Sazalye Donol berkata, berkata langkah tersebut penting bagi mengelakkan pergeseran dalaman serta memastikan parti kekal utuh dalam menghadapi pelbagai cabaran mendatang.

Katanya, jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Parti tidak dipertandingkan untuk mengelak   perpecahan dalam kalangan ahli parti.

“Kita tidak mahu wujud masalah yang sudah pasti akan terjadi jika adanya pertandingan dalam jawatan-jawatan tersebut.

“Cabang Kota Marudu berharap usul diutarakan ini dapat dipersetujui nanti sekali gus berharap agar perkara ini dapat direalisasikan,” katanya di sini kelmarin.

Sazalye merupakan Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah berkata, ketika ini Presiden adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan Perdana Menteri, manakala timbalannya Datuk Seri Rafizi Ramli ialah Menteri Ekonomi.

“Dalam masa sama kita akan berhadapan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) dijangka akan diadakan pada bila-bila masa.

“Kita anggap ini merupakan satu perkara penting tumpuan haris diberikan berbanding dengan  memikirkan pemilihan cabang,” jelas Sazalye.

Menurutnya, beliau menyeru kepada bakal calon supaya berkempen secara kekeluargaan untuk mengelak perpecahan dalam kalangan ahli-ahli parti.

“Kita tidak mahu akan  ada yang nanti menyebabkan sabotaj dan akibatnya menjejaskan kemenangan PKR apabila bertanding pada PRN Sabah,” katanya.