Bung terima kunjungan hormat daripada Duta Khas Kepada Perdana Menteri ke China

Bung terima kunjungan. Gambar oleh Jaffar Wahid

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Kerja Raya Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin menerima kunjungan hormat daripada Duta Khas Kepada Perdana Menteri ke China Datuk Seri Tiong King Sing bersama rombongan pelabur dari China, di sini hari ini.

Antara perkara yang dibincangkan termasuklah soal pelaburan dalam beberapa sektor termasuk perkembangan pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo Fasa satu, dua dan tiga yang sedang dan akan dilaksanakan di Sabah.

Bung mengadakan mesyuarat bersama Duta Khas Kepada Perdana Menteri ke China. Gambar oleh: Jaffar Wahid

Hadir sama ialah Pembantu Menteri Kerja Raya, Datuk Robert Tawik dan Datuk Limus Jury, Setiausaha Tetap Kementerian Kerja Raya Mohd Jasmin Julpin dan Pengarah Kerja Raya Ir Ali Ahmad Hamid.

Sebelah malam, Bung turut meraikan rombongan tersebut dalam satu majlis makan malam.

SabahNewsToday

Leave a Reply