GOMBAK : Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin optimis gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dalam kerajaan Perpaduan mampu menguasai Selangor untuk membentuk kerajaan dengan kemenangan melebih dua pertiga.
Ini kerana, katanya, tidak banyak isu yang boleh dimainkan oleh pihak lawan iaitu Perikatan Nasional (PN), dimana jika mereka menyentuh soal kemajuan pembangunan, Selangor adalah antara negeri yang termaju di negara ini dimana kemajuan ini telah mula digerakkan sejak PH dan BN menerajui Selangor.
Bung Moktar yang juga Pengerusi BN Sabah berkata mereka (PN) bercakap soal kemajuan semua orang akui kemajuan Selangor, jadi pihak PN hanya akan mainkan isu sentiman perkauman yang hanya menakut-nakutkan pengundi Melayu Islam satu isu kempen yang tidak sihat memecahbelahkan perpaduan kaum dan boleh membantutkan usaha membangunkan negara,” tegasnya.
Beliau berkata demikian selepas mengiring calon -calon kerajaan Perpaduan PH-BN iaitu Datuk Wira Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin (BN-Gombak Setia), Datuk Seri Amirudin Shari (PH-Sungai Tua) dan Juwairiya Zulkifli (PH-Hulu Kelang) ke Pusat Penamaan Calon di Dewan Sekolah Kebangsaan Sungai Pusu Gombak dekat sini semalam.
Menurutnya PRN kali rakyat Selangor perlu memilih calon-calon dari PH-BN agar kerajaan Negeri yang dibentuk selepas PRN nanti adalah sebuah kerajaan negeri yang selari dengan kerajaan pusat bagi meneruskan agenda kemakmuran dan kestabilan politik khususnya di negeri Selangor.
“Kita di Sabah sebelum ini mempunyai pengalaman apabila kerajaan negeri tidak sehaluan dengan kerajaan pusat banyak perkara yang akan membawa kerugian kepada rakyat terutamanya dari segi agihan peruntukan dan ini turut membantutkan usaha untuk membawa lebih banyak pembangunan demi kesejahteraan rakyat” tegas Bung Moktar.
Mengenai jentera BN dari Sabah yang ditugaskan membantu calon-calon PH-BN yang dianggarkan seramai 450 orang, Bung Moktar berkata sebilanganya sudah mula berkampung di sini dan agihan tugas sudah diberikan dimana setiap dua bahagian akan membantu seorang calon khususnya yang mewakili BN yang bertanding pada PRN kali ini.
“Jentera kita akan bergerak dan berkempen dengan pendekatan yang sesuai dengan setuasi setempat, kita akan fokas kepada perpaduan kaum, pengalaman hubungan pelbagai kaum di Sabah dalam susana yang harmoni akan kita kongsikan bersama dengan pengundi di sini,“ katanya
Bung Moktar berkata jentera BN Sabah juga akan mengunakan pakai aplikasi strategi baru untuk membantu calon-calon PH-BN dalam PRN kali dan jika ia berkesan dan memberikan keputusan yang positif ianya akan digunakan pakai oleh BN Sabah bagi menghadapi PRN Sabah akan datang.