LAHAD DATU: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Lahad Datu bersedia menjalin kerjasama dengan Datuk Mohamaddin Ketapi selepas mengumumkan keluar daripada Parti Warisan Sabah hari ini.
Ketuanya, Abdul Hakim Gulam Hassan berkata, kerjasama itu penting demi kepentingan rakyat daerah Lahad Datu sekali gus bersama-sama memberi fokus serta tumpuan memperkasakan rakyat di peringkat akar umbi.
Katanya, pihaknya mendapat khabar apabila Ahli Parlimen Lahad Datu itu mengumumkan keluar menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bebas mesra kepada kerajaan negeri Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di Dewan Undangan Negeri (DUN).
“Kita beranggapan, tindakan Mohamaddin itu berikutan beliau sudah hilang kepercayaan dengan kepimpinan Warisan yang dipercayai gagal membantu menangani masalah rakyat di negeri ini.
“Mohamaddin sendiri sudah dapat menilai serta yakin hanya kerajaan di bawah GRS boleh dipercayai sekali gus membela nasib rakyat khususnya di daerah Lahad Datu,” katanya.
Abdul Hakim berkata, setakat ini BERSATU Lahad Datu belum ada lagi berjumpa atau menjalinkan kerjasama dengan Mohamaddin setakat ini.
“Kita hanya mengetahui berita ini melalui saluran media. Kita beranggapan tindakannya itu dan sehingga kini beliau belum menyatakan sokongan kepada mana-mana parti dalam kerajaan.