Belanjawan 2024 bertemakan “Sabah Teguh, Rakyat Terbela” dirangka khusus bela kesejahteraan rakyat – Masidi

KOTA KINABALU: Tema Belanjawan Negeri Tahun 2024 “SABAH TEGUH, RAKYAT TERBELA”. dirangka khusus demi membela kesejahteraan hidup rakyat melalui pelaksanaan program pembangunan yang berterusan.

Menteri Kewangan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata Kerajaan Negeri sentiasa komited untuk menyediakan Belanjawan yang holistik dan inklusif.

Katanya bagi merealisasikan matlamat tema Belanjawan 2024, Kerajaan Negeri mencadangkan satu Anggaran Perbelanjaan Perbekalan sebanyak RM5.701 bilion dengan Anggaran Hasil Negeri sebanyak RM5.737 bilion.

“Ini bermakna, Belanjawan 2024 merupakan satu Belanjawan Lebihan (Surplus Budget) sebanyak RM35.87 juta,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 Negeri Sabah di Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.

Beliau berkata belanjawan 2024 disediakan dengan agihan Anggaran Perbekalan dan Anggaran Pembangunan mengikut Kementerian seperti berikut:

1. Kementerian Kewangan: RM2.48 bilion perbekalan, RM5 juta pembangunan;

2. Kementerian Kerja Raya: RM1.03 bilion perbekalan, RM689.66 juta pembangunan;

3. Jabatan Ketua Menteri: RM712.64 juta perbekalan, RM177.83 juta pembangunan;

4. Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan: RM363.91 juta perbekalan, RM189.16 juta pembangunan;

5. Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah: RM82.67 juta perbekalan, RM144.50 juta pembangunan;

6. Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan: RM184.71 juta perbekalan, RM25.32 juta pembangunan;

7. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi: RM180.13 juta perbekalan, RM9.15 juta pembangunan;

8. Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat: RM148.82 juta perbekalan, RM16.54 juta pembangunan;

9. Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar: RM120.87 juta perbekalan, RM21.04 juta pembangunan;

10. Kementerian Belia dan Sukan Sabah: RM88.67 juta perbekalan, RM11.5 juta pembangunan;

11. Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan: RM26.11 juta perbekalan, RM38 juta pembangunan;

12. Perbelanjaan Tanggungan: RM238.24 juta perbekalan; dan Ke-13 : Perbelanjaan Yang Tidak Termasuk Dalam Kementerian: RM43.33 juta perbekalan.