LABUAN : Pengerusi BIMP-EAGA-Business Council, Azhar Othman dipilih sebagai Presiden Toastmasters Club (TMC), Labuan yang baharu sesi 2024-2025.
Pelantikannya diumumkan pada Majlis Instalasi dan Sambutan Ulang tahun ke-30 TMC yang diadakan di sini baru baru ini.
Turut dilantik, Dalton R. Lim sebagai Naib Presiden (Pendidikan), Shally Martin sebagai Naib Presiden (Keahlian) dan Nur Amalina Azmi, Naib Presiden (Perhubungan Awam).
Manakala Joel R.Raj dilantik sebagai Setiausaha dan Halizah Mohd. Ali dilantik sebagai Bendahari.
Terdahulu ketika berucap di majlis tersebut Azhar berkata, TMC menggariskan tiga strategi bagi menjadikan kelab itu terus berkembang dan mampan.
Katanya tiga strategi itu ialah memperbanyakkan penglibatan dengan komuniti setempat serta mengembangkan simpanan kewangan dengan menganjurkan lebih banyak acara yang berimpak tinggi.
“Selain itu, menyediakan barisan pemimpin pelapis yang mampu membawa TMC kearah yang lebih dinamik dan proaktif,” katanya.
Majlis tersebut turut diserikan dengan penyampaian beberapa anugerah khas kepada ahli ahli yang aktif dalam mengembangkan peranan TMC serta yang berjaya membina pemikiran yang berorentasikan kejayaan.
Antara penerima anugerah pada malam itu ialah Pengerusi Penganjur, Nur Amalina Azmi dianugerahkan sebagai Toastmasters Of The Year.
Hadir sama, Pengarah Bahagian, Major Kong Yu Kiong selaku tetamu kehormat, Pengarah Kawasan dan Pegawai Instalasi, Clarence Ng dan Pengarah Kawasan, Yusra Afiqah.