Asian Supply Base, syarikat GLC Sabah bina terminal pertukaran kru minyak dan gas bernilai RM15 juta

LABUAN: Asian Supply Base Sdn. Bhd. (ASB Sdn. Bhd) akan membina sebuah terminal pertukaran kru (pekerja) minyak dan gas (O&G)  bernilai RM15 juta  sebagai usaha memenuhi keperluan aktiviti keluar dan masuk kru minyak dan gas yang beroperasi di perairan Sabah dan Labuan.

Projek yang dijangka siap pada Ogos 2024 itu  menempatkan pihak penguatkuasa daripada Jabatan Imigresen, Kastam Di Raja Malaysia dan Jabatan Kesihatan untuk pemeriksaan dokumen   dan penyelarasan proses pertukaran kru minyak dan gas masuk dan keluar dari  pulau ini.

Phoong pada sidang media selepas merasmikan pecah tanah pembinaan Terminal Pertukaran Kru.

Majlis pecah tanah bagi projek itu disempurnakan oleh Menteri  Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe yang mewakili Ketua Menteri Sabah, semalam.

Phoong berkata, dengan adanya terminal itu, Labuan akan menerima kemasukan ratusan pekerja sektor  minyak dan gas setiap hari yang sekaligus akan meningkatkan ekonomi Labuan.

“Perkembangan positif ini dijangka akan menarik lebih banyak pelaburan ke Labuan seterusnya menyumbang kepada pertumbuhan dan kemakmuran ekonomi Labuan.

“Kami juga memberikan tumpuan kepada perkembangan positif ASB sebagai GLC Sabah dan kami perlu memastikan operasi yang lancar untuk terminal pertukaran kru minyak dan gas di pangkalan ASB,” katanya.

Phoong turut menjelaskan Asian Supply Base, syarikat GLC Sabah Bina terminal pertukaran kru minyak Dan gas bernilai RM15 juta.

Beliau berkata, ASB Sdn. Bhd adalah sebuah syarikat berkaitan (GLC) Sabah yang berpangkalan di Labuan mengendalikan pangkalan bekalan luar pesisir yang menyokong aktiviti penerokaan, pembangunan dan pengeluaran (EDP) minyak dan gas di luar pantai Sabah dan Sarawak.

Sementara itu, Pengerusi ASB, Datuk Suhaili Abdul Rahman berkata, pihaknya sentiasa memberikan komitmen yang tinggi bagi memastikan ASB mempunyai kemudahan yang bertaraf antarabangsa, berdaya saing dengan terminal sedia ada di Sarawak dan Kemaman, Terengganu.

Pada majlis itu, Phoong juga turut merasmikan  dua buah kapal Landing Craft Tank  milik ASB iaitu ASB Marine 1 dan ASB Marine 3.

Kedua dua kapal ini digunakan oleh Petronas Carigali Sdn. Bhd (PCSB) untuk pengangkutan bekalan antara pantai dan luar pesisir serta projek Safina Fasa 1.