KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan usul hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada Dewan Rakyat pada Khamis.
Ia susulan pendedahan Istana Negara berhubung keputusan kerajaan melaksanakan pembatalan Ordinan Darurat yang membelakangkan kuasa Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
“Saya mewakili ahli-ahli Dewan Rakyat mengemukakan usul seperti berikut: Bahawa Dewan Rakyat mengambil ketetapan untuk hilang kepercayaan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan dimakzulkan daripada Perdana Menteri dengan segera menurut Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam sidang media di Parlimen pada Khamis.
Usul tersebut dikemukakan menerusi surat yang dihantar kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun pada hari sama.
AKAN MENYUSUL