Ambil Tindakan Terhadap Individu, Pemimpin, Ahli WARISAN – Zulkarnain

KOTA KINABALU: Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) membuat laporan Polis terhadap beberapa orang pemimpin serta ahli Parti WARISAN (Warisan) selepas didapati memfitnah dan mengaibkan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Pengerusinya, Datuk Zulkarnian Mahdar berkata, dalam video tular tersebut Hajiji kononnya dilihat sengaja menipu menangis sekali gus melabelkan tangisan tersebut merupakan seorang munafik.

Katanya, sebelum ini Hajiji secara spontan menangis semasa berucap merasmikan Wisma Parti USNO di Donggongon Avenue Jalan Penampang pada 25 Jun lalu.

“Kejadian itu apabila Ketua Menteri mengenang kembali perjuangan bersama parti USNO pada awal penglibatannya dalam politik, sambil menceritakan pengalamannya ketika bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman sewaktu Pilihan Raya pada tahun 1990.

“Didapati beberapa orang pemimpin Parti Warisan juga secara sengaja telah mengubah suai video Hajiji menangis dengan ditokok tambah ayat “dah tua pun bodoh termasuk perkataan ‘air mata munafik penuh dengan kepuraan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Zulkarnain berkata, beberapa pemimpin serta ahli Parti Warisan telah kongsikan video ini melalui sosial media kemudian dengan sengaja menularkanya.

“Perbuatan ini adalah jelas cubaan mengaibkan yang sangat jijik dan tidak boleh diterima

“Psmbangkang di Sabah ketika ini tahu Sabah berada dilandasan yang betul di bawah pimpinan Hajiji

“Sebagai contoh Syarikat pengeluar kerajang tembaga untuk bateri kenderaan elektrik (EV) Korea Selatan, SK Nexilis telah melabur sebanyak RM2.3 bilion yang akan berpangkalan di Kompleks Industri KKIP,  Kota Kinabalu, Sabah,” katanya.

Menurutnya, kilang kini dalam pembinaan itu telah menawarkan pekerjaan kepada hampir 2,000 rakyat Sabah.

Selain itu rekod menunjukkan pelaburan luar ke Sabah pada tahun 2022 berjumlah RM11.5 bilion dalam pelbagai sektor ekonomi dan trend ini masih terus berjalan pada tahun 2023.

“Sebaliknya sepanjang Datuk Seri Shafie Afdal meniawat jawatan Ketua Menteri Sabah tidak ada satu pun pelabur asing yang berjaya di bawah masuk ke Sabah malahan kadar.

“KDNK Sabah sebelum Shafie mengambil alih jawatan Ketua Menteri Sabah berada pada 8.2 peratus telah jatuh menjunam ke paras terendah 0.5 peratus,” katanya.

Menurutnya, mungkin atas faktor keupayaan Hajiji mentadbir Sabah fitnah dan rekyasa jahat telah dibuat ke atas Hajiji.

“Justeru G57 meminta agar pihak Polis dan Jabatan Peguam Negara mengambil tindakan tegas dan dapat mengheret pimpinan dan ahli parti Warisan ke muka pengadilan agar budaya fitnah ini dapat dihentikan,” katanya.