Agong ada kuasa panggil parlimen bersidang ketika darurat – Rais

SHAH ALAM – Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim berpendapat Yang di-​Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah mempunyai kuasa autoriti untuk memanggil ahli Parlimen kembali bersidang.

Menurut beliau, berdasarkan Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) Seksyen 14 kurungan 1, kurungan b, memberi kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memanggil, memprorog dan membubarkan Parlimen.

“Kuasa ini diturunkan terus kepada Seri Paduka Baginda. Penurunan kuasa selesai,” katanya menerusi satu ciapan di Twitternya pada Sabtu yang disiarkan portal online Malaysiakini.

Dalam satu kenyataan pada hari Rabu, Agong tidak menyatakan tarikh tertentu untuk Parlimen bersidang semula, tetapi mengatakan ia harus dilakukan “sesegera mungkin”.

Pejabat Perdana Menteri mengambil maklum terhadap pandangan Agong itu dan berjanji akan bertindak sesuai dengan Perlembagaan Persekutuan.

Seksyen 40 (1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Agong bertindak atas nasihat kerajaan.

SabahNewsToday