KOTA KINABALU: Kenyataan Pengerusi DAP Sabah, Datuk Frankie Poon Ming Fung kononnya menyeru agar rakyat Sabah menolak parti politik tempatan sekali gus beralih sokongan memilih parti politik Malaya adalah tidak kena pada masanya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Alias Sani beliau membidas kenyataan media Pengerusi DAP Sabah, Datuk Frankie Poon Ming Fung kononnya menyeru agar rakyat Sabah menolak parti politik tempatan sekali gus beralih sokongan memilih parti politik Malaya.
“Kenyataan media yang dikeluarkan Frankie Poon sangat mengecewakan rakyat di Sabah.
“WARISAN kekal berprinsip ingin mempertahankan hak serta kepentingan rakyat sepertimana yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Alias berkata, selepas 59 tahun merdeka keadaan pembangunan insan, infrastruktur serta ekonomi Sabah adalah antara negeri yang paling miskin di negara ini.
“Pada kadar miskin tegar Disember 2021 mencatatkan 41,490 orang dan kadar pengangguran 9.1 peratus yang mencatatkan sebanyak 190,000 bagi tahun 2021.
“Pada tahun 2021, eksport CPU bagi minyak sawit di Malaysia adalah sebanyak RM102 Bilion, manakala sebanyak 25 peratus adalah sumbangan daripada Negeri Sabah.
“Ini membawa maksud bahawa nilai eksport minyak sawit yang disumbangkan oleh Sabah adalah sebanyak RM25 Bilion,” katanya.
Alias berkata, isu paling utama adalah berapa jumlah daripada sumbangan tersebut dapat dikembalikan dan dinikmati hasilnya oleh rakyat negeri Sabah.
“Kedua, dalam bajet 2022 royalti diterima negeri Sabah adalah sebanyak 5 peratus dan nilainya adalah RM1.2 Bilion.
“Ini membawa maksud bahawa pengeluaran minyak (gas asli) di Sabah adalah sebanyak RM24 Bilion,” katanya.
Menurutnya, isu menarik yang ingin dikongsikannya adalah ketika Lim Guan Eng menjadi Menteri Kewangan sekali gus berjanji untuk memberikan 20 peratus kepada negeri Sabah sewaktu Pakatan Harapan (PH) memerintah.
“Jika nilai 20 peratus ini diberikan maka Sabah akan menerima RM4.5 Bilion yang mana jumlah ini hampir sama dengan Bajet kerajaan negeri Sabah bagi tahun 2022.
“Lim Guan Eng merupakan Setiausaha Agung DAP ketika itu GAGAL menunaikan janji kepada rakyat di Wilayah Sabah. Ini termasuk kepada pengundi DAP di pelosok wilayah Sabah,” katanya.
Alias berkata, ini membuktikan sesebuah parti yang mempunyai manifesto tentang membela serta memperjuangkan hak rakyat di Sabah.
“Namun realitinya yang berlaku adalah parti tersebut hanya akan mementingkan wilayah dan mereka sendiri berbanding nasib rakyat di Sabah,” katanya.
Alias berkata, Frankie poon dan DAP harus lebih jujur serta cakna melihat kedinamikan politik lokal semasa di Sabah..formula politik lama dengan memberikan kepercayaan dan keyakinan kepada Parti Malaya sudah tidak relevan.
“Tidak ada formula lain lagi bahawa orang Sabah WAJIB reset sistem politik di Sabah dan Malaysia dengan mengundi Parti Warisan pada PRU15 kali ini,” katanya.