ESSCOM perhebat operasi, rokok seludup dirampas

LAHAD DATU: ESSCOM memperhebat Operasi Omni Presence di sekitar bandar Lahad Datu bagi memastikan keselamatan dan pematuhan undang-undang di Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone).

Komander ESSCOM, DCP Datuk Victor B. Sanjos berkata, operasi membabitkan 53 pegawai dan anggota itu turut memeriksa 342 individu serta beberapa premis perniagaan.

Hasil pemeriksaan membawa kepada rampasan 75 bungkus rokok seludup pelbagai jenama dan 19 kotak mancis dengan nilai keseluruhan RM800.

Menurut beliau, operasi itu mencerminkan komitmen ESSCOM dalam memperkukuh kehadiran pasukan keselamatan serta membanteras pelbagai aktiviti menyalahi undang-undang di Sabah Timur.