Rafie mahu kuota diesel khas untuk Sabah

KOTA KINABALU: Pengerusi Persatuan Pelancongan dan Kebudayaan Keningau, Rafie Robert menggesa Kerajaan Persekutuan mempertimbangkan kuota subsidi diesel khas untuk Sabah di bawah Program BUDI MADANI.

Beliau berkata, kuota 200 liter sebulan tidak mencerminkan keperluan sebenar rakyat memandangkan Sabah mempunyai keluasan negeri, jaringan jalan raya dan cabaran logistik yang berbeza daripada Semenanjung.

Menurutnya, pengguna di kawasan luar bandar, pengusaha pelancongan, petani dan pekebun kecil memerlukan penggunaan diesel yang lebih tinggi untuk meneruskan aktiviti ekonomi harian.

Sehubungan itu, beliau berharap kerajaan meneliti semula pelaksanaan kuota berkenaan supaya dasar subsidi bersasar dapat dilaksanakan secara lebih adil, praktikal dan mengambil kira realiti Sabah.