Sokongan pengundi Cina terhadap GRS di Tawau kekal kukuh

TAWAU: Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS), Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata sokongan masyarakat Tionghua terhadap Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di Tawau kekal kukuh menjelang pilihan raya negeri akan datang.

Beliau berkata, keputusan pilihan raya lalu menunjukkan peningkatan keyakinan komuniti itu terhadap kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor serta dasar kerajaan negeri.

Menurutnya, kemenangan yang dicapai di kawasan yang mempunyai ramai pengundi Cina menjadi bukti sokongan masyarakat Tionghua semakin kukuh.

Nizam berkata, kerajaan negeri akan terus memperkukuh hubungan dengan semua lapisan masyarakat bagi memastikan agenda pembangunan dapat dinikmati secara menyeluruh.

Beliau turut menyambut baik hasrat UPKO untuk menyertai GRS dan menyifatkannya sebagai langkah yang mampu memperkukuh gabungan parti-parti tempatan di Sabah.