Ops Tiris 4.0: KPDN serbu Pajero, sita 200 liter diesel

BEAUFORT: Tindakan seorang individu dipercayai cuba menyeleweng minyak diesel terbantut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Mitsubishi Pajerodiserbu dalam Ops Tiris 4.0 di sebuah stesen minyak di sini, petang semalam.

Serbuan dilakukan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Beaufort hasil maklumat serta pemerhatian anggota penguat kuasa yang mengesan pergerakan mencurigakan ketika kenderaan terbabit sedang mengisi diesel.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Daerah KPDN Cawangan Beaufort, Julie Julhani, berkata hasil pemeriksaan mendapati kenderaan itu telah diubah suai dengan tangki tambahan yang dipercayai mengandungi kira-kira 200 liter minyak diesel.

Menurut beliau, pihak KPDN bertindak menyita kenderaan, diesel dan dokumen berkaitan untuk siasatan lanjut.

“Pemandu kenderaan telah dirakam percakapan dan dilepaskan dengan jaminan polis.

“Pada masa sama, nozel pam stesen minyak yang terlibat turut diambil tindakan penguatkuasaan dan dua laporan polis telah dibuat berhubung kes ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961, melibatkan tindakan terhadap pemandu kenderaan serta pihak stesen minyak.

Katanya, Ops Tiris 4.0 adalah sebahagian usaha berterusan KPDN dalam membanteras penyelewengan barang kawalan, khususnya bahan api