KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, menghadiri Istiadat Perbarisan sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi ke-75 Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sabah di Padang Merdeka, di sini, hari ini.
Beliau yang diiringi isteri, Datin Seri Juliah Salag, tiba kira-kira jam 7.55 pagi sebelum menerima tabik hormat daripada Pasukan Kawalan Kehormatan Utama sebaik naik ke pentas utama.
Istiadat penuh adat dan tradisi itu mencapai kemuncak dengan keberangkatan tiba TYT Tun Musa Aman bersama Toh Puan Faridah Tussin pada jam 8 pagi.
Sebaik tiba, lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku dimainkan diikuti tembakan meriam 17 das sebagai tanda penghormatan, sebelum TYT menerima tabik hormat diraja dan memeriksa Kawalan Kehormatan Utama.
TYT kemudiannya berkenan memeriksa kontinjen perbarisan yang terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan, badan berkanun, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), persatuan etnik, institusi pengajian tinggi serta pelajar sekolah.
Istiadat turut diserikan dengan persembahan koir serta persembahan khas oleh Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, selain dihadiri pelbagai dif kenamaan termasuk anggota Kabinet Negeri dan Persekutuan, Ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli Parl
