Ewon Hargai Keprihatinan Fadhlina Lulus Peruntukan Sekolah di Penampang

PENAMPANG: Ahli Parlimen Penampang, Datuk Ewon Benedick menzahirkan penghargaan kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek atas keprihatinan meluluskan peruntukan bagi dua sekolah menengah di daerah ini yang terjejas akibat banjir baru-baru ini.

Ewon yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, permohonan berhubung keperluan tersebut telah dibawa dalam mesyuarat Kabinet sebelum diluluskan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Menurutnya, beliau turut memohon supaya Fadhlina mengadakan lawatan ke SMK Limbanak untuk melihat sendiri keadaan sekolah berkenaan, selain meninjau kerosakan di Sekolah Menengah St. Michael, Penampang yang turut menerima peruntukan khas.

“Bagi SMK Limbanak, KPM meluluskan peruntukan bagi menyelenggara dan membaik pulih kemudahan dewan sekolah,” katanya ketika ditemui selepas mengiringi Fadhlina mengadakan lawatan kerja ke kedua-dua sekolah terbabit, hari ini.

Ewon berkata, tindakan pantas kementerian itu jelas mencerminkan keprihatinan kerajaan dalam memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid di kawasan terjejas