KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor menyeru rakyat supaya terus memupuk semangat patriotisme, mengekalkan perpaduan, dan memelihara keharmonian dalam masyarakat majmuk.
Dalam perutusannya sempena Hari Sabah dan Hari Kebangsaan 2025, beliau menekankan bahawa kedua-dua perayaan ini adalah peluang untuk mengingati sejarah, memperkukuh jati diri, dan menanam rasa cinta kepada negeri.
Beliau turut menegaskan bahawa 31 Ogos adalah tarikh penting dalam sejarah Sabah, bukan sahaja untuk diraikan, tetapi juga untuk menghargai pengorbanan pejuang kemerdekaan.
Tema Hari Kebangsaan 2025, “Malaysia Madani: Rakyat Disantuni”, dan tema Hari Sabah 2025, “Untukmu Sabah Tanah Airku”,
Menurutnya, membawa mesej perpaduan yang selari dengan prinsip Madani dan Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya.
Beliau turut mengingatkan rakyat agar sentiasa berwaspada terhadap anasir negatif yang boleh mengancam perpaduan dan keharmonian.