KOTA KINABALU : Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) merupakan salah satu inisiatif kerajaan bagi menghargai serta mengiktiraf penjawat awam di negeri ini.
Setiausaha Tetap Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI), Datuk Mohd Hanafiah Mohd Kassim berkata, anugerah tersebut diberikan kepada pegawai atau kakitangan yang menunjukkan prestasi dan perkhidmatan cemerlang.
Katanya, meskipun jumlah pegawai dan kakitangan yang agak terhad namun mereka dapat menyelesaikan setiap tugasan yang diberikan dengan baik.
“Mengikut dasar yang sedia ada, pemberian hanya terhad kepada 3 peratus dari jumlah keseluruhan yang berada pada sesuatu kementerian ataupun jabatan.
“Kita memperkenalkan KSTI memperkenalkan Anugerah Khas SUT dan Menteri agar lebih ramai pegawai dan kakitangan dapat diberikan penghargaan atas usaha yang telah diberikan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2024 Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi Sabah.
Majlis penyampaian anugerah disempurnakan oleh Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif di sini, semalam.
Seramai tiga orang kakitangan menerima APC manakala, 20 kakitangan lagi menerima Anugerah Khas SUT dan Menteri
