Mangsa banjir di Sabah masih 1,061

KOTA KINABALU : Seramai 1,061 mangsa banjir di negeri Sabah  terjejas masih ditempatkan di 15 pusat pemindahan sementara (PPS), setakat 8 pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah memaklumkan jumlah mangsa banjir di negeri itu menunjukkan sedikit peningkatan kepada kepada 1,061 orang daripada 332 keluarga berbanding 1,047 orang melibatkan 325 keluarga malam tadi.

Katanya, sebanyak 707 orang ditempatkan di tiga PPS di Beaufort, 252 orang di dua PPS daerah Kinabatangan, manakala 102 orang di sebuah PPS daerah Membakut.

“18 kampung terjejas banjir dengan 13 daripadanya di Membakut, Beaufort (tiga), dan Kinabatangan (dua),” kata kenyataan itu, di sini hari ini.