Pemasyhuran Canselor UMS Baharu Selepas Aidilfitri

KOTA KINABALU : Pemasyhuran Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman sebagai Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang baharu akan diadakan selepas Sambutan Aidilfitri ini.

Pengerusi Lembaga Pengarahnya, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, pelantikan ini secara tradisinya selepas Musa dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah.

Katanya, UMS akan mengadakan satu program serta acara yang gilang-gemilang untuk meraihkan pelantikan selaku Canselor UMS.

“Di Sabah secara tradisinya, Yang di-Pertua Negeri adalah Canselor UMS memberikan reputasi baik bagi UMS.

“Ini akan menjadikan Musa sebagai ketua negeri, menjadi payung serta sebagai seorang yang boleh memberikan bimbingan terhadap perkembangan UMS,” katanya di sini hari ini.

Abdul Rahman merupakan Timbalan Ketua UMNO Sabah berkata, beliau percaya Musa dapat membantu UMS mencapai prestasi yang lebih baik di masa pada masa depan.

Mwngulas mengenai kunjunan hormat ini beliau berkata, ia untuk memaklumkan kepada Musa berkenaan proses pelantikan sebagai Canselor serta permahsyurannya.