Ketua Bahagian, Penerangan pantau kalangan ahli mengkhianat parti sendiri – Masiung

SANDAKAN : Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) mempunyai peranan besar untuk memantau ahli parti yang dikenal pasti menjadi pengkhianat.

Naib Presidennya, Datuk Masiung Banah berkata, ada kalangan mereka mempunyai jawatan dalam parti kerajaan dilhat memasang ‘dua kaki’ wajar diambil tindakan kerana ia menjadi duri dalam daging.

Katanya, pihaknya tidak akan bertolak ansur apabila anggota parti culas, sekiranya terbukti menjadi proksi kepada pembangkang tindakan secara serta-merta akan diambil.

“Kita mengesa setiap Ketua Bahagian dan Ketua Penerangan agar menjalankan pemantauan kepada mereka cuba memainkan dua peranan dalam kerajaan dan pembangkang.

“Pengkhianat parti ini umpama barah, jika tidak dicantas segera ia sudah tentu akan merebak sekali gus menjadi menjadi lebih parah pada masa depan,” jelas Masiung.

Menurutnya, dalam tempoh sama Ketua Penerangan Gagasan Rakyat juga wajar memainkan peranan sebagai cyber tropper  untuk menangkis tomahan pembangkang menerusi media sosial.

“Unit Penerangan Gagasan Rakyat perlu diaktifkan serta-merta berperanan sebagai kilang yang mampu melahirkan pekerja berkemahiran tinggi dalam institusi media.

“Kita mahukan parti melahirkan idol di media sosial, disamping mempunyai kemahiran tinggi untuk  memberikan maklumat tepat ketika kerajaan diserang dengan pelbagai tomahan,” kata Masiung.

Beliau merupakan Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) mahu agar setiap anggota jawatankuasa parti perlu mematahkan tomahan serta fitnah pembangkang.

“Kita ‘gasak’ habis-habisan penerbitan video serta tomahan pembangkang menerusi media sosial, jangan bagi mereka peluang untuk mengaibkan kita,” tambah Masiung.

Lebih 150 peserta hadir pada Bengkal Penerangan zon 9 dan 10 dihadiri Ketua Penerangan Gagasan Rakyat, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.