KOTA KINABALU : Ketua Umno Bahagian Beaufort , Datuk Awang Aslee Lakat dipilih semula sebagai Presiden Persatuan Bola Baling Sabah (SABHA) dalam mesyuarat agung secara Hibrid persatuan tersebut kali ke-9, baru-baru ini.
Awang Aslee memenangi jawatan itu tanpa tanding pada pemilihan bagi penggal 2024-2026 sekali gus mengetuai SABHA bagi penggal kedua setelah dipilih menjadi presiden pada pemilihan lalu.

Antara pemegang jawatan SABHA bagi penggal 2024-2026 terdiri daripada gabungan muka lama dan baharu.
Vijaya Kumar A/L Arumugam dipilih sebagai Timbalan Presiden, Rizwan Dahlan, Nazir Salleh dan Azami Laman masing -masing dipilih menjadi Naib Presiden I ,II dan III.
Mohd Yahde Awang Matusin dan Abdul Rahman Mohd Taib pula masing-masing dilantik menjadi Setiausaha Agung serta Bendahari Agung (SABHA) bagi sesi 2024-2026.

Sementara itu, pemilihan enam jawatan ahli majlis tertinggi mereka dipilih Norazwan Mohamed, Sazry Rame, Awang Mohd Taufiq Awang Ali, Wan Dayangku Syazwana Ag Matasan, Rozaidi Aizuddin Zuhair dan Melissa Jemolin.
Awang Aslee menzahirkan ucapan terima kasih kepada perwakilan memberikan mandat serta kepercayaan kepadanya beliau menjadi Presiden untuk kali kedua bagi sesi 2024-2026.
“Amanah ini merupakan satu tanggungjawab besar bagi memperkasakan hala tuju SABHA sebagai satu persatuan sukan baru di negeri ini.
“Sudah tentu ia memerlukan komitmen serta semangat kerja berpasukan dalam kalangan ahli jawatankuasa serta ahli persatuan untuk memajukan persatuan tersebut, “ jelas Awang Aslee.
Menurutnya, amanah yang diberikan ini akan diguna sebaik mungkin sekali gus untuk mengatasi masalah dihadapi SABHA serta memantapkan sukan Bola Baling di negeri ini.
“Sukan ini agak baru di Sabah jika dibandingkan sukan lain, justeru bagi memastikan sukan ini diminati masyarakat usaha akan laksanakan melalui pendekatan termasuk menganjurkan beberapa kursus serta kejohanan yang akan dianjurkan pada masa depan,” tambah Awang Aslee.
