780 orang sertai berbasikal bersama TYT

KOTA KINABALU : Seramai 780 orang peserta menyertai program Berbasikal Bersama TYT di Padang Merdeka, semalam.

Pelepasan bagi acara tersebut disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin pada jam 7.30 pagi.

Juhar Mahiruddin bersama 780 orang sertai berbasikal bersama TYT. Gambar Jabatan Penerangan.

Pada tahun ini, sebanyak tiga kategori diadakan iaitu Berbasikal Bersama Toh Puan yang diketuai sendiri oleh Toh Puan Norlidah R.M Jasni, Berbasikal Bersama VIP dan Konvoi Motosikal Bersama TYT.

Noorliza Awang Alip Mayor DBKK bersama Pesuruhjaya Polis Sabah, Jauteh Dikun.

Timbalan Ketua Menteri IIbDatuk Seri Dr. Joachim Gunsalam berkata acara berkenaan merupakan salah satu pengisian bagi sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Ke-70 Yang di-Pertua Negeri Sabah.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk sambutan berkenaan berkata semua program yang diadakan menunjukkan Tun Juhar sentiasa bersama dengan rakyat.

Juhar Mahiruddin bersama 780 orang sertai berbasikal bersama TYT. Tambah Jabatan Penerangan Sabah.

Hadir sama, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Al Hambra Tun Juhar, Pembantu Menteri Kewangan Tan Lee Fatt, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun, Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Jamili Nais dan Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Norliza Awang Alip.