6 kawasan di Sabah terputus bekalan elektrik

KOTA KINABALU : Beberapa kawasan di timur Sabah mengalami gangguan bekalan elektrik hari ini.

Sabah Electricity berkata, gangguan itu melibatkan Sandakan, Lahad Datu, Kunak, Semporna, Beluran, dan Kinabatangan.

“Pihak Sabah Electricity sedang giat menjalankan usaha bagi memulihkan bekalan elektrik di kawasan terjejas ini.

“Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dihadapi dan menghargai kesabaran serta kerjasama anda,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Kenyataan itu tidak memaklumkan punca gangguan berlaku.

Katanya, kemas kini lanjut akan diberikan dari semasa ke semasa melalui saluran rasmi Sabah Electricity.