LABUAN: Seramai 30 anak-anak yatim dibawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan Labuan menerima sumbangan Zakat Wakalah daripada Syarikat Hibiscus Petroleum Sdn. Bhd, semalam.
Majlis penyampaian yang diadakan di dewan Jabatan Kebajikan Masyarakat Labuan itu disempurnakan oleh Ketua Perhubungan Komuniti dan Kerajaan Syarikat Hibiscus Pteroleum Sdn. Bhd Datuk Eddie Abdullah.
Hadir sama, Penolong Pegawai Perhubungan JKM Labuan Mohd Iqbal Mohd Nuri.
Menurut Eddie wang zakat Wakalah ini disalurkan menerusi Program tanggung jawab sosial korporat yang telah dilaksanakan di empat lokasi masing masing tiga di Sabah dan satu di Labuan.
“Sumbangan itu merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat syarikat bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik termasuk anak anak yatim”, katanya.
Sementara itu, Mohd Iqbal berkata, JKM Labuan sentiasa mengalu alukan penglibatan Badan Bukan Kerajaan (NGO) khususnya di Labuan untuk membantu kebajikan golongan yang memerlukan.
Pada majlis itu, Mohd Iqbal turut mengucapkan terima kasih kepada Hibiscus Petroleum yang memilih anak anak yatim selian JKM untuk menerima sumbangan zakat Wakalah.