28 Operasi Bersepadu dilaksanakan Perbadanan Labuan sepanjang tahun 2023

LABUAN: Sebanyak 28 operasi secara bersepadu telah dilaksanakan oleh Perbadanan Labuan melibatkan pelbagai agensi dan Jabatan Penguatkuasaan sepanjang tahun 2023.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Mohd Ismial berkata, jabatan yang terlibat antaranya, Polis DiRaja Malaysia (PDRM),  Jabatan Imigresen, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Pejabat  Ketua Pegawai  Keselamatan Kerajaan (CGSO), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Kementerian Perdagangan

Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Jabatan Kastam Di Raja Malaysia (KDRM).

“Sepanjang tahun 2023 Jabatan Penguatkuasa Perbadanan Labuan  telah terlibat dan melaksanakan operasi seperti Ops BAH, Halangan Lalu Lintas,  Ops Pencegahan Jenayah, Ops Kenderaan Terbiar, Ops Pusat Hiburan, Ops Pemantauan Bunyi Pusat Hiburan, Ops Biodegradasi dan Ops Setingan Tanah Muis dan Pejabat Tanah dan Galian serta Ops Sambung Kabel Haram di Kampung Gersik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis  Makan Malam Sesi Silaturahim Antara Agensi Penguatkuasa Wilayah Persekutuan Labuan di sini, baru baru ini

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perbandaran) Perbadanan Labuan Fadzilah Mahmud.

Rithuan berkata,  penglibatan dan pelaksanaan operasi secara bersepadu sememangnya dilaksanakan setiap tahun yang turut menjadi sebahagian KPI Jabatan Penguatkuasa.

Hadir sama, Pengerusi Majlis Penasihat Perbadanan Labuan Datuk Bashir Alias.