KOTA KINABALU: Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) berupaya menawarkan 20,000 peluang pekerjaan kepada masyarakat sekitanya dengan membabitkan RM19.6 bilion nilai pelaburan di kawasan berkenaan.
Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad, Datuk Dr Yusof Yacob berkata, kewujudan projek ini sudah tentu akan melonjakkan kadar pertumbuhan ekonomi daerah Sipitang dengan wujudnya pertambahan Projek Keluli Hijau Bersepadu (Integrated Green Steel) (ESTEEL Sabah) yang ditandatangani November tahun lalu.
Katanya, peluang pekerjaan ini akan meliputi tiga peringkat iaitu semasa pembinaan, ketika projek siap serta akan memberikan proses pertambahan hiliran ekonomi kepada penduduk setempat sekali gus merancak ekonomi di daerah Sipitang.
“Ketika ini sudah ada Kilang Sabah Ammonia Urea (SAMUR) Mega Pertama di Malaysia di Sipitang dibawah kendalian Petronas Chemicals Fertilizer Sabah Sdn Bhd membabitkan kapasiti 1.225 MMTPA.
“Sudah tentu masyarakat Sipitang akan berbangga dengan limpahan ekonomi ini sekali gus menjadikan SAMUR, Petronas antara mejadi pengeksport UREA terbesar di Asia Tenggara. Pasaran utama volume SAMUR adalah selain Malaysia, membabitkan beberapa negara lain termasuk Thailand, Flipina dan Australia,” katanya secara Ekseklusif kepada Sabahnewstoday, di Pejabatnya di sini hari ini.
Dr Yusof merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) ketika mengulas mengenai projek ESTEEL Sabah bernilai RM19.6 bilion ini nanti akan memberi limpahan peluang pekerjaan disamping penduduk akan menerima hiliran ekonomi khususnya kepada peniaga setempat.
“Akhirnya pergerakan ekonomi semakin rancak, disamping pelabur yang masuk sudah tentu akan membelanjakan kewangan (gaji) mereka untuk memberi keperluan harian kepada peniaga di daerah Sipitang.
“Secara tidak langsung kuasa beli dalam kalangan pelabur serta penduduk Sipitang akan meningkat dilihat boleh meningkatkan ekonomi dapat dijana. Pada masa depan sudah tentu kita perlu mewujudkan satu kawasan Pekan Baharu bagi menampung jumlah permintan ini nanti di masa depan,” katanya.