Sabah rancang bina tapak pelancaran angkasa lepas, Sarawak tubuh syarikat penerbangan tangani isu tiket mahal – Siapa Bijak ?

KOTA KINABALU: Ketika kerajaan negeri bercadang membina tapak pelancaran angkasa lepas yang dianggap projek mega  di Sabah.

Kerajaan jiran Sarawak pula bercadang menubuhkan syrikat penerbangannya sendiri bagi menangani isu tiket mahal terutama di musim perayaan yang membebankan rakyat berpendapatan rendah.

Inilah bezanya kerajaan negeri  Sabah dengan kerajaan Sarawak meskipun kerajaan PGRS pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor sering mengulangi kononnya kerajaan PGRS berhasrat mengikut apa yang dilakukan oleh kerajaan Sarawak untuk mentadbir sendiri kerajaan negeri.

Namun dari segi wawasan dan kotak pemikiran pemimpin Sarawak,  mereka lebih ke hadapan berbeza dengan kepimpian negeri Sabah yang hanya meletakkan wawasan “Sabah Maju Jaya” sebagai slogan hanya di atas kertas tidak berupaya melaksanakannya.

Kenaikan tiket penerbangan antara Semenanjung ke Sabah dan Sarawak semasa musim perayaan bukanlah isu baharu atau  kejutan bagi rakyat Malaysia, tetapi ia adalah senario yang dijangkakan pada setiap tahun.

Dengan pembukaan semula sempadan negara dan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, bagi individu yang telah dua tahun tidak kembali bertemu keluarga disebabkan sekatan COVID-19, sudah pastilah teruja untuk pulang ke kampung halaman.

Syarikat penerbangan komersial tempatan yang menyediakan laluan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu dan Kuching menawarkan tiket antara RM300 untuk penerbangan pergi balik semasa musim bukan perayaan.

Bagaimanapun, pemantauan Sabah Digest terhadap laman web syarikat penerbangan komersial baru-baru ini menyaksikan tambang penerbangan melonjak sehingga RM2,000 (penerbangan pergi balik).

Ini terdapat iaitu peningkatan sekitar 566 peratus, menjelang tempoh perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Dalam satu kenyataan bagi mengulas isu kenaikan harga tiket penerbangan, Pengarah Komunikasi Stategik UMNO Sabah Datu Rosman Datu Ahir Zaman berkata, seharusnya  Menteri Di Jabatan Perdana Menteri  Datuk Armizan Mohd Ali yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Sabah dan Sarawak lebih cakna melihat  isu tersebut.

Datu Rosman Datu Ahir Zaman

Datu Rosman berkata, seharusnya beliau perlu menjadi pemimpin yang responsif melihat masalah itu kerana ianya bukan berlaku sekali malah setiap tahun isu kenaikan tiket penerangan pasti berlaku.

“Sebagai Menteri yang bertanggungjawab menjaga kepentingan dan mempertahankan hak-hak Sabah dan Sarawak, beliau perlu melihat isu ini yang amat membebankan rakyat yang berpedpatan rendah terutama mereka yang  bekerja di Semenanjung balik samada ke Sabah atau Sarawak untuk merayakan sambutan hari raya aidilfitri.

“Sebagai pemimpin beliau seharusnya prihatin melihat isu ini dan  seawalnya telah dibawa ke mesyuarat Kabinet untuk ditangani oleh kerajaan jangan asyik berpolitik sehingga kepentingan rakyat di abaikan,”  katanya.

Lily Surianti Suardi, 23, pelajar dari Sabah yang sedang mengikuti program ijazah di Universiti Selangor (UniSEL), berpendapat bahawa syarikat penerbangan harus mempertimbangkan untuk menetapkan kadar berasingan bagi pelajar yang melanjutkan pengajian di semenanjung.

Beliau berkata, ini kerana tidak semua pelajar daripada keluarga berkemampuan, dan oleh itu syarikat penerbangan tidak boleh menetapkan harga yang melebihi kemampuan semua pihak, terutama golongan pelajar.

“Jika harga tiket (kira-kira) RM1,000 hanya untuk harga tiket penerbangan, banyak pihak yang tidak mampu, lebih-lebih lagi ditambah dengan pendapatan keluarga ekonomi rendah.

“Ada yang datang daripada kalangan B40 ingin balik raya namun disebabkan harga tiket melonjak naik, pelajar macam saya membatalkan hasrat untuk pulang raya di kampung halaman,” katanya.

Menurut Lily Suranti seharusnya kerajaan dan pemimpin khususnya dari Sarawak dan Sabah melihat isu ini mebabitkan kepentingan rakyat terutamnya golongan pelajar dari keluarga yang berpendapatan rendah.

“Bagi kami memang amat membebankan tapi mungkin tidak bagi pemimpin kerana mereka disediakan waran penerabangan oleh kerajaan sebab itu isu ini terlepas pandang,” katanya.

Datu Rosman menambah jika dibandingkan kerajaan Sarawak pemimpin mereka lebih berwawasan dan mempunyai perancangan yang lebih baik berbanding dengan kerajaan Sabah dibawah pimpinan  Ketua Menteri Sabah yang lebih seronok mengumumkan projek berbilion-bilion namun hakitanya ia lebih kepada publisiti.

“Kerajaan Sarawak mendepani banyak hal seperti kenderaan elektrik, hidrogen serta gas, dan  lain-lain kerajaan Sabah apa yang boleh dibanggakan oleh  rakyat Sabah  ketika kerajaan GRS hampir 3 tahun memerintah,? katanya.

Menurut Datu Rosman ini lah bukti pengurusan dalam pentadbiran Kerajaan Sarawak, dan berpandangan ia harus menjadi contoh kepada negeri lain khususnya Sabah.

“Pengurusan kerajaan negeri yang lemah bukan saja akan membebankan Kerajaan Persekutuan tetapi juga akan membebankan rakyat negeri itu sendiri dan ini yang sedang berlaku di Sabah sekarang ,” katanya.

Beliau berkata, Sarawak kini menjadi tumpuan pelawat, termasuk dari Semenanjung untuk melancong ataupun urusan perniagaan, namun masalah utama dihadapi adalah berkaitan penerbangan.

“Seharusnya kerajaan negeri sudah mempunyai perancangan untuk menangani isu ini dari mengimpikan projek mega yang belum pasti dapat dilaksanakan,” jelas Datu Rosman.