2 beradik rentung dalam kebakaran

KOTA KINABALU: Dua beradik ditemui rentung dalam kebakaran enam rumah di Kampung Pulutan, Menggatal, Kota Kinabalu.

Mayat Jackron Jabri, 6, bersama Jayraiyen, 5, ditemui dalam sebuah rumah terbakar itu dalam kejadian kira-kira 1 tengah hari tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi, berkata difahamkan ketika kejadian hanya dua beradik itu berada di rumah.

Katanya, ketika kejadian abang yang berusia enam tahun itu baru pulang dari tadika, manakala adiknya berusia lima tahun berada di rumah.

“Mereka didapati bersendirian di rumah selepas ditinggalkan ibu yang keluar bekerja, manakala bapanya menghantar anak saudara ke hospital. Adik-beradik lain berada di sekolah.

“Kedua-dua mayat ditemui berdekatan satu sama lain di bahagian ruang tamu,” katanya