KOTA KINABALU : Seramai 13,550 orang pelajar Sabah menerima manfaat daripada tajaan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) sejak tahun 2021 hingga 2024.
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, kerajaan atas menambah dana untuk BKNS mencatat jumlah tertinggi iaitu RM128 juta pada tahun ini.
Katanya, secara tidak langsung ini wujud peningkatan sebanyak 150 peratus berbanding tahun 2020.
“Sejak bulan Oktober 2020, peruntukan untuk dana BKNS terus ditambah daripada RM50 juta pada tahun 2020.
“Ini sekali gus meningkat kepada RM55 juta pada 2021, seterusnya RM101 juta pada 2023 dan RM113 juta pada tahun 2024,” katanya.
Teks ucapannya, dibacakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Mohd. Arifin Mohd.Arif.
Hajiji berkata, Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) dilancarnya 2022, seramai 7,483 pelajar daripada golongan B40 yang tidak mendapat tajaan daripada mana-mana penaja melibatkan peruntukan sebanyak RM8.6 juta.
“Ini bagi memperkasa lagi bantuan pendidikan, pelbagai inisiatif yang dilaksanakan akan diteruskan pada tahun ini.
“Antaranya Bantuan Tunai Pendaftaran IPT (BUDI) RM2,000 kepada pelajar peringkat Ijazah dan RM1,500 kepada pelajar di peringkat Diploma atau Matrikulasi.
“Bantuan Khas Peperiksaan (BAKTI) iaitu RM200 kepada pelajar yang menduduki peperiksaan SPM, STPM dan STAM, selain Sumbangan Mahasiswa Pengajian Tinggi Dalam Negeri (SENTOSA),” jelas Hajiji.
Menurutnya, subsidi Bantuan Tiket Penerbangan Pelajar Sabah (SUBFLY) kepada semua pelajar IPT awam dan swasta yang menuntut di Semenanjung, Sarawak dan Labuan.
“Komitmen Kumpulan YS terhadap pembangunan pendidikan di Sabah menyalurkan dana untuk pendidikan meningkat sebanyak 86.38 peratus kepada RM67.17 juta pada tahun 2024.
“Berbanding RM36.04 juta pada tahun 2021. Ini membolehkan seramai 3,234 orang pelajar mendapat manfaat tajaan pendidikan Kumpulan,” kata Hajiji.
Beliau berkata, kerajaan negeri menyediakan pelbagai platform untuk pelajar menyuarakan pandangan.
“Antaranya, Majlis Perundingan Pelajar Sabah (MPPS) yang sehingga kini berjaya mengumpulkan pemimpin-pemimpin pelajar Sabah.
“Ia melibatkan dari seluruh IPT Awam dan Swasta, Institut Pendidikan Guru (IPG), Institut Latihan termasuk tingkatan enam,” tambah Hajiji.