KENINGAU: Seramai 120 peserta menyertai Fun Ride sempena ‘Peringatan Hari Anti Dadah Kebangsaan’ pada di Taman Rekreasi Seri Cempaka Kampung Kota Ayangan di sini semalam.
Pengarah Agensi Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Sabah, Nani Sikin, berkata pihaknya menyasarkan komuniti luar bandar bagi memberi pendedahan kepada masyarakat tentang bahayanya najis dadah.

Katanya, melalui aktiviti sukan masyarakat akan dapat menghindari gejala najis dadah sekali gus menggalakkan mereka sentiasa mengamalkan cara hidup sihat.
“Luar bandar merupakan tumpuan utama AADK dalam memberi khidmat nasihat selain akan memperluaskan aktiviti ke daerah lain di negeri ini.

“Kita sangat yakin masyarakat akan menyokong aktiviti bersukan seumpama ini sekali gus mengelak mereka terjebat dalam najis dadah,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan program Fun Ride sempena ‘Peringatan Hari Anti Dadah Kebangsaan’ di sini semalam.
Nani berkata, setakat ini AADK mensasarkan komuniti Keningau untuk menyebarluaskan tentang pengaruh bahaya dadah disamping memberi kesedaran kepada masyarkat luar bandar.

“Sebagai contoh program Fun Ride berbasikal sejauh 30KM bersempena Peringatan Hari Antidadah Kebangsaan sangat berjaya dilaksanakan serta mendapat sambutan baik dalam kalangan masyarakat setempat,” katanya.
Mengulas mengenai statistik AADK Nani berkata, Keningau dipilih sebagai Kawasan Berisiko Tinggi (KBT) berikutan 70 peratus daripada 304 Orang Klien menjalani rawatan pemulihan berada di Keningau.