KOTA KINABALU: Seramai 12 warga asing ditahan dalam Ops Sapu yang dilaksanakan Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah di sekitar bandar raya ini, baru-baru ini.
Dalam operasi berkenaan, seramai 26 individu diperiksa dan hasilnya 12 daripadanya ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.
Mereka yang ditahan terdiri daripada warga Indonesia dan Filipina melibatkan lelaki dewasa, wanita serta kanak-kanak.
Jabatan Imigresen dalam kenyataan memaklumkan operasi itu merupakan sebahagian usaha berterusan bagi membanteras kehadiran pendatang asing tanpa izin (PATI) di negeri ini.
Menurutnya, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap sebarang pelanggaran undang-undang imigresen dan akan terus mempergiatkan operasi penguatkuasaan dari semasa ke semasa.
