KOTA KINABALU: Pengerusi Yayasan Pengguna Negeri Sabah, David Chan (YPNM) Sabah memberi amaran kepada peniaga agar tidak membentuk kartel atau menaikkan harga makanan secara melampau menjelang Ramadan.
Menurut YPNM, manipulasi bekalan terutama makanan asas dan produk sejuk beku adalah pelanggaran serius undang-undang di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutab 2011.
Individu boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara, manakala syarikat berdepan denda sehingga RM500,000 jika sabit kesalahan.
YPNM turut menyokong Ops Pantau 2026 oleh Kementerian Perdagangan zdalam anegeri dan Kos Sara Hidup dan menggesa pengguna tampil membuat aduan jika mengesan pencatutan.
“Ramadan bukan musim kaut untung berlebihan.”
