UPPM Elopura serah sumbangan racun serangga kepada Pejabat Kesihatan Kawasan Sandakan

SANDAKAN: Pejabat Kesihatan Kawasan Sandakan (PKKS) telah menerima sumbangan bekalan racun pembunuh serangga dari sebuah syarikat swasta baru-baru ini.

Racun pembunuh serangga Malathion sebanyak 100 liter diserahkan oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat Elopura Ng Boon Leng kepada wakil PKKS Dr. Siti Fatimah Abdul Ghani Basri di perkarangan PKKS, Batu 7.

Menurut Ng, sumbangan racun pembunuh serangga itu diperolehi dari Syarikat Worthy Palms Sdn Bhd hasil kolaborasi Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Elopura dan kepimpinan peringkat bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) setelah beliau menerima permohonan pihak PKKS.

Tambahnya, usaha murni itu merupakan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) syarikat berkenaan.

Beliau berkata PKKS telah memohon bantuan bekalan racun tersebut bagi tujuan aktiviti kawalan penyakit demam denggi kerana bekalan sedia ada tidak mencukupi untuk menampungi jumlah wabak dan kes aktif semasa.

Ng mengucapkan terima kasih kepada Webster Lee yang juga salah seorang Pengarah Syarikat Worthy Palms Sdn Bhd kerana tampil menyumbang racun pembunuh serangga demi kesejahteraan masyarakat setempat di Sandakan.