‘Love KK’, capai 100 peratus sasaran, babitkan kerjasama DBKK bersama pihak berkepentingan – Noorliza

KOTA KINABALU : Program ‘Love KK’ melepasi sasaran 100 peratus Pencapaian Secara Keseluruhan sekali gus memberikan kesan impak positif antara pihak berkepentingan bersama Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

Mayor DBKK, Datuk Noorliza Awang Alip berkata, pencapaian ini direkodkan bermula April 2022 sehingga tahun berakhir 31 Disember 2023, berdasarkan pendekatan melalui tujuh Jawatankuasa Komponen di dalam program ‘Love KK’.

Noorliza ketika berucap di Majlis Love KK.

Katanya, antaranya iaitu KK Bersih (Clean KK), KK Hijau (Green KK), KK Ceria (Vibrant KK), KK Indah (Beautiful KK), Khazanah KK (Heritage KK), KK Berdaya Huni (Liveable KK) serta KK Sihat (Healthy KK).

“Apa yang penting melalui ‘Love KK’ ini pelbagai program dianjurkan termasuk Pelancaran Pasar Malam Bandaran Night Market serta Program Sheila Majid Big Band Show dan Miss World Malaysia 2023.

Noorliza bersama Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Love KK.

“Kita juga memperkenalkan kepada Program Tandas Awam Bersih, meliputi Program Dialog Bersama Pengusaha dan Pemilik Tandas Awam, Pengauditan dan Penarafan Bintang Tandas Awam sempena Sambutan Hari Tandas Awam Sedunia Peringkat Bandaraya Kota Kinabalu pada 19 November lalu,” katanya pada Majlis Apresiasi Love KK di sini, semalam.

Noorliza berkata, selain itu ‘Love KK’ menganjurkan Festival Kebudayaan dan Makanan Tradisional India selain menjalankan Pemeriksaan sekali gus melaksanakan Penggredan Kebersihan Premis Makanan di sekitar bandaraya.

Noorliza bersama Pengerusi serta Penyelaras Love KK, di majlis tersebut.

“Paling membanggakan apabila kita mampu mewujudkan Program Kesedaran MY City, My Responsibility selain memperkenalkan Pelancaran Kempen Pengurangan Beg Plastik.

Noorliza bersama Pengerusi serta Penyelaras Love KK, turut kelihatan Ketua Pengarah DBKK.

“Ini adalah satu inspirasi serta inisiatif saya untuk menggalakkan penyertaan penduduk Bandaraya Kota Kinabalu yang berbilang kaum, agama dan peringkat umur dari segenap lapisan masyarakat dalam aktiviti kemasyarakatan dalam Bandaraya Kota Kinabalu,” jelas Noorliza.

Noorliza bersama salah seorang yang terlibat dalam Love KK.

Melalui inisiatif ini, beliau berharap, agar warga bandaraya dapat memanfaatkan peluang sedia ada untuk berbakti sekali gus memberi sumbangan kepada Bandaraya Kota Kinabalu ini.

Antara mereka yang terlibat menjayakan program Love KK.