UMS Tech Telalent Hub 2024 ke arah jadikan Labuan Hab Blockchain terkemuka

LABUAN : Seiring dengan hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadikan Labuan sebagai Hub Blockchain terkemuka, Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) menganjurkan Pertandingan UMS Tech Talent Hub 2024.

Inisiatif itu dijayakan menerusi kerjasama antara Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL), Neurogine Sdn.Bhd dan Fakulti Komputeran dan Information (FKI).

Dekan Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan, Prof Madya Dr Geoffrey Harvey Tanakinjal merupakan Pengerusi Jawatankuasa UMS Tech Talent Hub 2024 berkata, pertandingan itu mengambil masa enam bulan dan melibatkan penyertaan pelajar UMS Sabah dan Labuan.

“Hasilnya nanti akan merancakkan lagi permintaan dari aspek kemahiran tenaga dan juga kemahiran insaniah dalam industri Blockchain,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Neurogine sebuah syarikat teknologi kewangan berpusat di Labuan menyumbang RM50,000 bagi menjayakan pertandingan tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif Neurogine, Owen Chin Chee Onn berkata, pemain industri sentiasa bekerjasama dan komited untuk memupuk pemimpin masa depan dalam bidang teknologi, kewangan dan pemasaran khususnya industri Blockchain.

“Kita sangat yakin dengan kerjasama ini, ia merupakan satu kelebihan  yang ada di Labuan, Sabah, Brunei, Indonesia dengan Filipina,” jelas Geoffrey.