SANDAKAN : Umno Sabah sebenarnya masih kuat serta kukuh namun tindakan sebilangan pemimpin Umno tidak memiliki prinsip dan kesetiaan dalam perjuangan dengan melompat menyertai parti lain menyebabkan Umno Sabah hampir lumpuh.
Naib Presiden Umno Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, selepas Pilihan raya Umum (PRU) ke-14 Umno Barisan Nasional (BN) di Sabah tidak kalah kerana budaya lompat dalam kalangan beberapa pemimpin menyebabkannya hampir tersungkur di Sabah.
Katanya, mujurlah UMNO masih memiliki pemimpin berprinsip dan setia kepada perjuangan diketuai oleh Datuk Seri Bung Moktar Radin bersama beberapa rakan-rakanya.
“Mereka inilah serta beberapa yang lain berusaha dan bersedia menghadapi cabaran serta dugaan untuk memulihkan imej Umno sehingga ke hari ini.
“Perjuangan inilah sepatutnya ada dalam kalangan pemimpin UMNO terutama di Sabah. Dalam perjuangan perlu ada keyakinan sekali gus memastikan UMNO terus menjadi pilihan rakyat di Sabah,” katanya.
Menurut Johari merupakan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan berkata, Umno mengembangkan sayapnya ke Sabah pada tahun 1990 bukan kerana suka-suka.
“Ini kerana adanya permintaa dari kalangan pemimpin parti tempatan yang mahukan Umno bertapak di Sabah untuk menstabilkan politik di negeri ini.
“Sabah adalah sebahagian dari Malaysia memerlukan kestabilan politik, Umno datang ke Sabah untuk sama-sama bekerjasama bersama rakyat Sabah untuk mengwujudkan kekuatan politik,bagi membolehkan Sabah mampu dibangunkan,” jelas Johari.
Menurutnya, sebaik sahaja Umno bertapak di Sabah dan menjadi peneraju kerajaan negeri kepesatan pembangunan jauh lebih ketara dari sebelumnya.
“Kita ingin menjelaskan kenapa Umno tidak mengembangkan sayapnya ke Sarawak dimana menurut beliau pemimpin-pemimpin pribumi di Sarawak dapat mewujudkan kestabilan politiknya sendiri.
“Pemimpin-pemimpin parti pribumi di Sarawak dapat mengendalikan pentabdiran Sarawak. Dengan kestabilan politik yang ada menyebabkan mereka dapat merancang dan melaksanakan pelbagai projek pembangunan yang meletakkan Sarawak antara negeri yang termaju di negara ini,” kata Johari.
Sehubungan itu beliau berkata, jika rakyat Sabah mengharapkan kestabilan politik serta kemajuan Umno terbukti dapat merubah landskap kestabilan politik dan kemajuan di negeri itu sebelum ini.
“Justeru pada PRN ke-17 akan datang bagi mewujudkan kestabilan politik serta perubahan pembangunan lebih mampan rakyat perlu memberikan sokongan kepada Umno/BN.
“Ini bagi membolehkan segala perancangan serta pelaksanaan projek pembangunan demi kebaikan rakyat Sabah dapat diteruskan,” katanya.
